Wednesday, November 25, 2009

dgn kuasa Tuhan...kau bongkarkan jua rahsia hidupmu...

p/s : entry ni da lame aku draft,tp baru skg ade kekuatan utk publishkn... *sigh...

Bismillah.....



Semalam kira-kira pukul 6.30pm,aku masih di ofis...mengintai di sebalik jendela,aku lihat klcc yg megah bdiri....jelas sekali dr tingkat 38 Menara PNB ini sungguhpun cuaca ketika itu agak suram sedikit.Hati seperti sayu sekali utk meninggalkn PNB keesokannya..Sudah hampir 6 bulan aku abadikan segala kenangan bersama warga kerja PNB.indah.sgt indah.dan pelbagai ilmu telah aku timba dan aku pelajari sepanjang tempoh latihan industriku di sini..di PNB Education Development Department (EDD).Hmm...Sungguh pantas masa meninggalkanku..pilu menyelubungi perasaan ketika itu...hati benar2 sayu..



Sedang asyik mengelamun sendirian,tiba-tiba nokia 6085 warna pink itu berdering..lagu Kehebatan Cinta nyanyian Francisca Peter & Jamal Abdillah rancak sekali mengalunkan iramanya.Ya,aku amat kenal akan irama itu.Irama itu mmg sengaja aku setkan utk seorg insan yg pernah bertakhta di hati ku sejak 5 tahun yg dulu.Berdebar saat aku mjawab panggilan itu..



"hello....?"

"hello....boleh I bcakap dgn gadis I?"

"hmm..her name plz?"

"hmm..lin...."

"yeah...speaking.."

janggal menyelubungi diri apabila secara tiba2 dia yg sememangnya telah pergi ,kini kembali lg...tp,kehadirannya kali ini bukan menyatakan apa2 harapan utk kasih bertaut semula...tp,adalah utk menjelaskan siapa dirinya yg sebenar sejak bertugas di bandaraya KL ini yg aku kira penuh dengan bisikan dugaan yg maha kuat.

Astaghfirullah...

Mengucap pjg aku tatkala mendengar sedikit demi sedikit rahsia yg dia bongkarkan....rahsia hidupnya selama 3 tahun kebelakangan ini.Utk apa kau ceritakan semua itu pdku?utk apa?

Kini,kau telah hilangkan 100% kepercayaan ku padamu...kalau dulu aku mampu memberi peluang utk sekalian kalinya,namun bukan lg kini...kini biarlah antara kita sekadar kenalan..yg pernah bertaut kasihnya 5 tahun yg dulu...it's more than enough!!

2 comments:

CIK IZ said...

salam ya ukhti..
dapat merasai kepedihan itu walau pun hanya sekadar bacaan di sini..
tabahkan hati.
ada sesuatu yang membahagiakanmu menanti di hadapan.
moga diberi kekuatan.
salam ukhwah :)

gadis norish said...

utk cik iz's :

salam wahai cik iz's..
ya...moga2 ada hikmah yg terselindung...terima kasih kerana sudi pinjamkan waktumu utk singgah disini....

dan,utkmu juge,aku harap moga kita sentiasa di bawah payung rahmat dr Tuhan..

senyumlah selalu... =)