Wednesday, November 25, 2009

dgn kuasa Tuhan...kau bongkarkan jua rahsia hidupmu...

p/s : entry ni da lame aku draft,tp baru skg ade kekuatan utk publishkn... *sigh...

Bismillah.....



Semalam kira-kira pukul 6.30pm,aku masih di ofis...mengintai di sebalik jendela,aku lihat klcc yg megah bdiri....jelas sekali dr tingkat 38 Menara PNB ini sungguhpun cuaca ketika itu agak suram sedikit.Hati seperti sayu sekali utk meninggalkn PNB keesokannya..Sudah hampir 6 bulan aku abadikan segala kenangan bersama warga kerja PNB.indah.sgt indah.dan pelbagai ilmu telah aku timba dan aku pelajari sepanjang tempoh latihan industriku di sini..di PNB Education Development Department (EDD).Hmm...Sungguh pantas masa meninggalkanku..pilu menyelubungi perasaan ketika itu...hati benar2 sayu..



Sedang asyik mengelamun sendirian,tiba-tiba nokia 6085 warna pink itu berdering..lagu Kehebatan Cinta nyanyian Francisca Peter & Jamal Abdillah rancak sekali mengalunkan iramanya.Ya,aku amat kenal akan irama itu.Irama itu mmg sengaja aku setkan utk seorg insan yg pernah bertakhta di hati ku sejak 5 tahun yg dulu.Berdebar saat aku mjawab panggilan itu..



"hello....?"

"hello....boleh I bcakap dgn gadis I?"

"hmm..her name plz?"

"hmm..lin...."

"yeah...speaking.."

janggal menyelubungi diri apabila secara tiba2 dia yg sememangnya telah pergi ,kini kembali lg...tp,kehadirannya kali ini bukan menyatakan apa2 harapan utk kasih bertaut semula...tp,adalah utk menjelaskan siapa dirinya yg sebenar sejak bertugas di bandaraya KL ini yg aku kira penuh dengan bisikan dugaan yg maha kuat.

Astaghfirullah...

Mengucap pjg aku tatkala mendengar sedikit demi sedikit rahsia yg dia bongkarkan....rahsia hidupnya selama 3 tahun kebelakangan ini.Utk apa kau ceritakan semua itu pdku?utk apa?

Kini,kau telah hilangkan 100% kepercayaan ku padamu...kalau dulu aku mampu memberi peluang utk sekalian kalinya,namun bukan lg kini...kini biarlah antara kita sekadar kenalan..yg pernah bertaut kasihnya 5 tahun yg dulu...it's more than enough!!

Monday, November 23, 2009

kau mungkiri jua akhirnya...

akhirnya,tanggal 20 November 09 itu,kau musnahkan lg tali janji kita...
mengapa,syg?
mengapa teganya kau memperlakukan aku sebegini?

siapa aku di sisimu?
adakah sekadar sandaranmu semata-mata?
terkadang aku menyesali perbuatan ku dahulu..
menyambut salam perkenalan darimu adalah suatu kesilapan terbesar dlm hidupku..
dan kini,aku meratapi kesilapan itu..
tangis,pilu,sedih dan suram menyelubungi hari-hariku kini...
sedangkan kau di sana,agaknya bergembira di atas musnahnya janji2 itu...
pergi...
dan jgn toleh ke arah ku lg...
sekali kau pergi,selamanya aku bkn milikmu lg...
kau telah bebas...
terbanglah spt burung d angkasa...
dan kini...
usai sudah kisah kita...
selamat tinggal,syg..

Salam penuh luka...
-norish-

Thursday, November 19, 2009

janji bukan sekadar janji...

saat kau berjanji,mengapa sukar utk kau tepati?ini bukan kali pertama,tp dah 6 kali kau berjanji perkara yg same,namun pd akhirnya kau mungkiri juga.segalanya telah aku coretkan di dlm diari usang milik ku itu.sungguh,hati aku disayat pilu yg teramat setiap kali janji yg ditaburkan tidak ditepati...


kali pertama :
kau mungkiri kerana atas masalah keluarga.ok,aku terima.
kali kedua:
kau bg alasan nk tggu income masuk.oh!xpela kalo camtu...aku terima alasan itu.. =)
kali ketiga:
kau diamkan saja.tanpa menjelaskan apa2 pd aku.hmm,hati aku da mula luluh saat itu.
kali keempat:
kau diamkan juga...aku tunggu,dan tunggu...last2 alasan yg same lg aku dpt..urusan keluarga....ok,aku tahankan juge perasaan ini..
kali kelima:
kau diamkan sj..alasan kau tetap sama....
kali keenam:
kau bg lg alasan..disebabkan kawan kau..dan,sehabis daya kau jelaskan bahawa kau terpaksa utk melanggar janji lg..ya ALLAH,mengapa sebegini wahai teman?tidak kah engkau sedar betapa hati ini sedikit dan sedikit sudah mula berganjak dr tempat asalnya?jgn smpai rasa syg itu hilang dek janji2 kosong kau ni..tolong...


kali ketujuh:
kali ni kau berjanji lg...dan,kau katakan hari ini (20 November 2009) adalah penentunya...janji kau,kau akan tebus balik sume janji yg telah kau langgar...


Hm..utk "f"..aku hrp,janji kau utk kali ketujuh ni,kau laksanakan tnpe bertemankn alasan lg..aku mohon,teman...hari ini adalah penentunya..dah tak larat utk menangis lg...
dan kini,aku menagih janji itu lg...


P/S :bodoh ke aku sampai memberi peluang sehingga kali ketujuh??

Monday, November 9, 2009

-warkah berlagu pilu-

*****************************


5 tahun.meninggalkan sejuta jejak pahit manis antara aku dan dia.Masih tersemat kemas dalam ingatan,ketika berada di bangku sekolah menengah dahulu.saat itu aku di tingkatan 5 dan dia pula menyambung pelajarannya di tingkatan 6 bawah.ini kisah 5 tahun yg lalu...kisah di mana telah merubah persepsi aku terhadap cinta bangku sekolah yg umumnya juga disebut2 sbg "cinta monyet"..alahai...cinta budak sekolah la....sape nak kisah? =)

Dalam meniti hari-hari di usia remaja ku,dia ada dari jauh untuk menjagaku.Namun..ianya cuma seketika.Makin hari,hubungan kita makin hampar.Semuanya atas desakan perjalanan hidup kita yg berbeza.Aku sibuk dengan pelajaranku di universiti dan engkau pula tegas menjalankan tanggungjwabmu sbg pegawai polis.Jarak kita jauh ketika itu.Sehingga berkali-kali hubungan itu terputus dek kerana "putus asa" mu menunggu ku...menunggu sementara aku tamatkan pelajaranku.Waktu itu,Tuhan je yg mengerti perasaan ini apabila aku mengetahui engkau bersama dgn perempuan lain di saat aku tekun menelaah pelajaran demi masa depan kita berdua,syg...Kau sanggup memperduakan ku ketika aku perlukan sokongan mu utk aku lalui zaman belajar ku dgn cemerlang.Tapi,kini setelah semuanya berakhir kau dtg menjemputku kembali utk mengikat cinta yg lama.Hmm...alangkah sukarnya utk ku,syg!

Ya...Dulu kita pernah sangkakan bahawa hubungan itu akan berakhir dgn ikatan perkahwinan yg sejati.Namun,kita silap.5 tahun telah byk merubah hidup kita berdua. Dan kini,setelah pelbagai ujian menimpa...engkau telah berhenti berharap padaku.Maaf,bukan niatku mahu melukakanmu.Namun,takdir telah menentukan antara kita tiada jodoh mungkin.Lalu aku akur menerima berita perkahwinan mu bersama gadis itu yg aku kira bukanlah atas kemahuan mu.Tidak mengapa syg....aku doakan kebahagiaan kau bersamanya.Taburkan la kasih,syg dan cintamu utknya..kerana dia lah jodohmu yg terbaik.Kau harus terima hakikat ini,syg!Aku bukan lg utk mu...
Moga majlis itu nanti akan diserikan dengan senyuman manismu....senyumlah,syg!aku ada disini mendoakan mu dan bakal isterimu....
=)




Tuesday, November 3, 2009

perlukah...?


Assalamualaikum..
perlukah diheboh2kan cerita yg engkau sendiri tidak pasti akan pucuk pangkal cerita seolah2 seperti tanda engkau seronok melihat kehancuran org lain?jangan jilat ludah sendiri,"sahabatku" syg....tolong,aku mohon...
perlukah engkau datang bertandang ke blog org lain lalu menghemburkan tuduhan tak berasas tanda protes kau pada jiwa miliknya yg baru sebentar td telah kau curi,koyak dan buang jauh2?siapa kau utk mengadili dan menghukum dia?TUHANkah engkau??
perlukah engkau berlagak seperti "sahabat" jika jiwamu sentiasa dipenuhi dgn polka dot jenis hasad dengki,dendam dan iri hati?
perlukah engkau dgn nada ala2 comel gitu lantas mengkhabarkan pada seluruh alam semesta (planet pluto tak terkecuali) bahawa dia yg selama ini mempergadaikan masanya utk melihatmu naik ke tangga yg seterusnya tanpa sezarah keluhan pun,akhirnya telah rebah kerana asas dan hipotesis yg kau reka2 dan karang sendiri...?ish...mengapa begini ye,wahai "sahabat"?apa betul kah kesimpulan awal berdasarkan pemerhatian awal mu itu yer...?
perlukah.....
perlukah....
perlukah.....
hmm.....tak perlu kot rasanya...
kan?
P/S : utk peringatan diri sendiri serta dia,dia dan dia...oh,mungkin utk "kamu" juge..! (",)