Thursday, May 28, 2009

suatu melankolik (episod 3)



Hye me..

Mengimbau kembali detik 3 tahun aku di UMP..segalenye bermule dgn suatu rase semangat yg membara,disulami dgn hati yg bersih,nawaitu yg satu iaitu berjaya dunia akhirat,fikiran yg mengharapkn ade kejayaan yg bakal menoktahkn segale angan-angan,serta jiwa yg luruh meredhai kehidupan yg bakal ditempuh sbg mahasiswa UMP (yg ketike itu di kenali sbg KUKTEM)
.
kemudian,bermula saat kaki menjejak ke bumi UMP ini pd Julai 2006 yg lps,terkesima sebentar merelakan persoalan pokok ini bermain di pentas fikiran gadis yg bernama
Norislina,anak perempuan sulung kepada Encik Ismail ini...

"Apakah kehadirannya di sini bakal berakhir dgn suatu tangisan kegembiraan atau sekadar ratapan kedukaan?"


Ya,teman-temanku..
setiap saat,setiap detik dan ketike,hanya ini sahaja yg mampu difikirkan..Dia takut,takut andai pengakhiran yg dilayangkan tidak secantik harapan yg disandarkn..tidak sesempurna impian yg didambakan..juga tidak semurni mimpi yg dilayarkan.Oleh itu,setiap kali jatuh dia cuba bangkit semula walaupun kadang2 mengambil masa yg terlalu lama utk dia kembali spt sedia kala.Dia tahu bahawa setiap yg blaku pasti terkandung hikmah yg tersendiri.Bahkan,ketika mule2 mendapat tawaran mengikuti pengajian dlm bidang Kejuruteraan Perisian ini,hatinya sedikit goyah dan hampir putus asa,namun dikuatkan semangat untuk terus memberi peluang kpd diri sendiri utk menerokai ilmu Allah ini.Sungguh pun pd ketika itu hatinya langsung TIDAK TERTARIK jauh sekali utk TERPIKAT melaksanakan tanggungjwb belajar dlm bidang itu,namun tetap juga digagahinya.
Temanku..,hatinya separuh pun tidak sampai ketika menerima surat tawaran itu.Kerana ape?kerana...itu bukanlah cita-citanya sejak kecil dikala cikgu sekolah rendahnya bertanya perihal cita-citanya apabila dewasa nanti.Dan,sememangnya apa yg dilaluinya skg ini,bukanlah spt cita-cita yg dikhabarkan kpd cikgunya 10 tahun yg dulu.Ianya terlalu jauh tersimpang...
Namun,apalah yg mampu dilakukan?Dia hanya insan biasa yg tidak punya apa2..Dan,akhirnya dia membuat keputusan utk mengorbankn cita-citanya demi suatu pengharapan.Dia tega utk belajar MENCINTAI bidang yg asing ini dgn satu semangat baru...

"aku mesti terima hakikat ini dan belajar menerima ia seadanya.."

kerana dia yakin akan kata-kata org yg berbunyi..."CINTA itu boleh dipupuk"
(eh,apsal tetibe masuk bab cinta ni?adoyai,norish...) ;P

Dan...setelah itu,dia genggamkan satu semangat baru..menerokai segenap nadi2 perjuangan bergelar pelajar tahun 1 jurusan kejuruteraan perisian di UMP ketika itu..Dilayarkan usaha demi suatu pengharapan..Pada awal semester pertama,hatinya menangis..segala yg dilakukan tidak nampak hasilnya..dia kuatkan semangat utk terus naik ke tangga seterusnya...namun,kekuatannya rebah..rebah kerana dia spt belum sepenuhnya meredhai takdir ini.hatinya masih lg terkenang akan cita-citanya yg sudah terkubur..Benarlah kata orang,"jika apa yg dilakukan tidak sepenuh hati,maka hasilnya pun tidaklah sepenuh yg diharapkan.."Oleh itu,berbekalkan kata-kata semangat insan sekelilingnya,dia bangkit semula dr kejatuhan itu.Bangkit perlahan-lahan...dan cuba mencari sesuatu yg bisa mengganti kekosongan itu agar ianya lengkap terisi.

Dan kini...alhamdulillah...setelah 3 tahun berlalu,dia kini sudah bisa tersenyum puas dgn hasil jatuh bangkitnya selama 3 tahun ini.Terima kasih Tuhan...

Buat teman-temanku,
"hukum alam menyatakan selepas hujan, pepohon kembali segar dan segaris pelangi indah muncul menghiasi langit."Wahai teman-teman yg sy kagumi,yg sy sygi...Jangan sesekali kalian putus asa jika apa yg dilakukan tidak nampak hasilnya..Jangan pernah sesekali kalian menyesali apa yg telah ditakdirkan buat diri kalian semua,kerana apa yang ditakdirkan mungkin adalah yg terbaik utk kita.Allah lebih Mengetahui segala yg tersurat mahupun yg tersirat.Jika kecundang di tgh jalan,jangan pernah menganggap ianya adalah penamat utk segala-galanya.Bahkan jadikan ianya sebagai titik permulaan utk terus maju dr satu tangga ke tangga yg seterusnya.Be strong,temanku...cheers!



Moga kita semua bjaya menemui pelangi yg di cari selama ini....Amin..



Salam syg,
Norish




4 comments:

Najlaa said...

salam.. tahniah di atas usaha keras dan semangat yg x pernah terpadam dek jatuh dlm kehidupan.. bangga dengan kamu. kawan lama yg sudah lama x bersua.. semoga terus berblogging.. senyumlah. senyuman kamu inspirasi semua! =)

gadis norish said...

wslm...terime ksh fateen najlaa idayu md noor...seorg insan yg sudi hadir mjadi sahabatku..warna warni hidupmu juge suatu inspirasi buat diriku.aku bangga mjadi salah satu cebisan dlm kertas2 lakaran hidupmu.. ;)moge kamu slalu dibwh payung rahmat dr Tuhan..

keep in touch ya..!

Najlaa said...

is, pembetulan.. nama ayah den mohamad nor..hehehe..

sama2 la kita berjuang. moga2 restu dan redha Ilahi itu sentiasa menjadi milik kita, insyaallah. =)

gadis norish said...

ops...sorry encik mohamad nor..krn tsilap mengeja nama pakcik..hehe..sy mintk ampun...(ateen da mrh sy...)

;)